Rekaan Sulaman Manik 2011
Terdapat pelbagai kaedah jahitan manik terkini manik serta kerawang untuk setiap seorang penyulam manik serta kerawang tersebut. Ada yang menggunakan cara ini, anda yang menggunakan teknik itu dan kesemuanya adalah mengikut keselesaan si pereka manik. Begitu juga dengan natijahnya dengan para penyulam kerawang. Apakah cara menyulam manik serta sulaman kerawang yang selalunya dilihat dan digemari oleh para pereka tersebut? Apakah kaedah menjahit atau menyulam yang mudah? Dan apakah tips yang boleh anda ambil dalam menguasai sulaman manik ataupun sulaman kerawang ini. Jom kita tinjau tips di bawah!
Tahun 2010 akan pergi meninggalkan kita sama ada ia manis ataupun pahit biarlah ia pergi meniti hari dan begitu juga dengan trend rekaan sulaman manik juga yang pergi bersama dengan corak design 2010. Pejam celik pejam celik, fesyen manik 2010 hampir meninggalkan kita dalam sedikit waktu lagi.
Rekaan Sulaman Manik Potongan Kaftan dan Jubah
Pada tahun 2011, corak manik masih lagi popular dengan pelbagai potongan kaftan dan jubah yang menjadi pilihan pereka fesyen untuk pakaian Muslimah. Namun, sedikit sebanyak ia masih mengekalkan ciri-ciri yang lama iaitu hanya menggunakan manik panjang pendek. Rekaan sulaman manik seperti ini dijangka bakal diguna pakai oleh pereka fesyen. Malahan permintaan rekaan sulaman manik seperti ini juga sudah mula mendapat tempat di hati peminta baju bermanik.
Rekaan Sulaman Manik Dihasilkan Secara Padat
Untuk pengetahuan anda, rekaan sulaman manik ini dibuat secara padat-padat agar ia nampak padat dan cantik. Penggunaan labuci yang pelbagai rupa turut menyemarakkan lagi motif sulaman manik untuk tahun 2011 yang membuka lembaran baru pada tahun hadapan tidak lama lagi. Sesuai dengan bulan baru dan tahun baru, ia mampu memberikan keyakinan kepada mereka yang memakai baju bermanik seperti ini.
Rekaan Sulaman Manik Lebih Tertumpu di Bahagian Dada dan Badan Busana
Sebagai permulaan, rekaan sulaman manik ini diubah sedikit dengan tidak hanya mengelilingi leher setebal jarak 1 hingga 2 inci dan begitu juga dengan lengan tangan baju. Ini kerana ia lebih tertumpu di bahagian dada dan badan baju. Malahan, lingkaran seperti biji buah kana yang ditambah dengan labuci yang pelbagai bentuk serta saiz mampu menyemarakkan lagi rekaan sulaman manik tersebut.
Pastikan Rekaan Mengikut Peredaran Fesyen Semasa
Apa-apa pun, setiap rekaan sulaman manik yang dihasilkan sama ada oleh pereka fesyen mahupun penyulam biasa, anda perlu memastikan bahawa ia seharusnya mengikut peredaran dan perubahan fesyen semasa. Cipta identiti anda sendiri dalam berkarya menghasilkan rekaan sulaman manik yang lebih cantik dan indah. Ini kerana anda pastinya mampu menghasilkan rekaan terkini sulaman manik 2011 mengikut kreativiti anda.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Moderator, Online Courses Sulaman Manik
Pelajari pelbagai langkah menyulam manik mahupun seni kemahiran sulaman kerawang yang boleh anda abadikan dalam diri anda. Dan pastinya dengan mempelajari kaedah jahitan manik ini, anda mampu menjana pendapatan anda.
Jom belajar jahitan manik ini hari ini!
Terima kasih kerana mengunjungi Butik Akademi Sulaman Sri Classic Collection
Product Rating: 4.5
Summary: Review: Rekaan Sulaman Manik 2011 715
Reviewed by: Kemahiran Malaysia
Price: $195
No related posts.

Comments