Akademi Sulaman – Bengkel Seni Sulaman dan Jahitan

Sulaman Tangan

online sulaman tangan Sulaman Tangan

Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Tangan.

Assalamualaikum,

Cuba anda renungkan perkara-perkara di bawah:-

  • Agak sukar untuk mencari guru pakar yang sudi mengajar sulam tangan.
  • Anda pernah mencuba sendiri menyulam benang, namun tidak berhasil kerana hasil sulaman tangan sukar untuk menjadi dengan cantik. Kebiasaannya sulaman yang ditiru akan nampak bulat, leper dan berbulu semata-mata.
  • Anda pernah mencuba menghasilkan sulaman tangan sendiri, namun hasil sulaman tangan mudah rosak seperti tertarik fabrik serta berlubang. Ini disebabkan kaedah dan tekanik menyulam tangan yang anda lakukan adalah tidak betul dan tidak kemas.
  • Anda minat dengan rekaan sulaman tangan tetapi tidak tahu menjahit. Namun, tidak banyak buku yang ditulis di pasaran tentang sulaman benang yang mengajar satu persatu secara langkah demi langkah bagaimana ingin menghasilkan sulaman tangan. Kebanyakannya, hanya menunjukkan motif rekaan sulaman tangan dan tiada kaedah menyulam yang ditunjukkan secara terperinci.
  • [sws_divider_padding]

    Jika Anda Mengalami Mana-Mana Situasi Seperti Di Atas, Maka Anda Sebenarnya Perlu Mempelajarinya Dari Guru Yang Berpengalaman.

    [sws_divider_padding]

    Sebenarnya, untuk menghasilkan sulaman tangan atau juga dikenali sebagai sulaman benang, anda perlu berguru dengan individu yang benar-benar mahir dalam bidang sulaman ini. Mempelajari sulaman tangan tidak sama seperti anda mempelajari kemahiran sulaman yang lain. Seperti Sulaman Kerawang, anda perlu berguru dengan inidvidu yang benar-benar mahir dalam bidang sulaman tangan ini jika anda ingin mendalami kemahiran warisan ibunda ini.

    Justeru, Platform Online Courses Sulaman Tangan ini dirangka direalisasikan bagi memenuhi permintaan ribuan peminat sulaman tangan yang inginkan satu platform yang mampu mengajar dan memenuhi hasrat mereka untuk mendalami dan menguasai kemahiran sulaman tangan ini.

    [sws_divider_padding]

    Kami Mengajar Anda Bukan Sekadar Untuk Proses Pembelajaran, Tetapi Kami Mengajar Anda Untuk Proses Membolehkan Anda Berniaga Selepas Mengikuti Online Courses Ini.

    [sws_divider_padding]

    Ya! Sama ada anda

  • tidak pernah memegang sebatang jarum sekalipun sebelum ini,
  • tidak tahu tentang sulaman tangan atau sulaman benang sebelum ini, atau
  • pernah mempelajari kemahiran sulaman tangan ini, tapi masih tidak berjaya menghasilkan rekaan yang kemas dan tegap.
  • Jadi, platform Online Courses Sulaman Tangan ini merupakan jawapan kepada permasalahan anda. Setiap modul yang dirangka menjurus kepada proses mendalami ilmu sulaman tangan sebaik mungkin.

    Malahan, Puan Syahida Ramli yang merupakan pengasas Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic merupakan tenaga pengajar pakar yang sudah berpengalaman menyulam semenjak berusia 9 tahun lagi, akan berkongsi segala pengalaman beliau bersama anda di dalam platfrom Online Courses Sulaman Tangan ini.

    Modul Online Courses Sulaman Tangan

    Bagi memudahkan anda mengetahui secara umum tentang modul sulaman tangan benang yang telah disediakan di dalam platform ini, maka berikut disenaraikan modul-modul sulaman tangan mengikut kategori dan pengkelasan. Untuk pengetahuan anda, setiap modul mengandungi Teknik, Aplikasi, Contoh, Tips dan Rahsia Kekemasan yang diberikan secara video HD online.

    • 1293677276 Video Clip Sulaman Tangan

      Modul Asas Sulaman Tangan

      Pelajari kaedah asas menyulam benang. Semuanya akan dipaparkan di sini yang merangkumi bahan-bahan, simpulan asas, alatan dan sebagainya.

    • 1293677276 Video Clip Sulaman Tangan

      Modul Rekaan Bunga Sulam Tangan

      Ketahui dan pelajari pelbagai jenis kaedah untuk menghasilkan rekaan bunga sulaman tangan. Setiap satunya mengandungi pelbagai teknik dari yang mudah hingga kepada rekaan sulaman tangan yang lebih kompleks serta pelbagai rupa.

    • 1293677276 Video Clip Sulaman Tangan

      Modul Rekaan Sulur

      Ketahui kaedah menghasilkan batang atau sulur bagi rekaan sulaman tangan anda.

    • 1293677276 Video Clip Sulaman Tangan

      Modul Rekaan Daun Sulaman Tangan

      Bagi melengkapkan hasil sesuatu sulaman tangan, maka teknik menghasilkan rekaan daun menggunakan benang akan ditunjukkan di dalam Modul ini.

    • 1293677276 Video Clip Sulaman Tangan

      Modul Gabungan Rekaan Sulaman Tangan Pelbagai

      Pelajari pelbagai kaedah untuk menggabung jalin teknik-teknik sulaman tangan bagi menghasilkan sesuatu corak sulaman tangan yang lebih komplikated dan eksklusif.