Akademi Sulaman – Bengkel Seni Sulaman dan Jahitan

Sulaman Riben

online sulaman riben Sulaman Riben

Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Riben

Assalamualaikum,

Mempelajari sesuatu kemahiran berasaskan seni kerajinan tangan, sebenarnya amat mudah. Namun untuk memahami dan menguasai kemahiran ini sebenarnya sukar bagi anda yang tiada asas sulaman sebelum ini. Malahan, jika anda hanya melihat kaedah yang ditunjukkan secara penerbitan seperti buku, tidak banyak langkah yang ditunjukkan secara teliti dan jelas dari awal proses menyulam sesuatu rekaan sulaman riben. Justeru, keadaan ini melambatkan proses pemahaman anda dan adakalanya mengecewakan anda setelah berkali-kali mencubanya tetapi masih tidak berhasil.

[sws_pullquote_right] Dengan ciri pembelajaran secara Video Streaming HD, maka segala langkah dan proses menyulam riben dari awal hingga kahir dapat dilihat dan difahami dengan jelas [/sws_pullquote_right]

Justeru, atas permintaan ramai, maka Online Courses Sulaman Riben ini diperkenalkan kepada anda. Dengan ciri pembelajaran secara Video Streaming HD, maka segala langkah dan proses menyulam riben dari awal hingga kahir dapat dilihat dan difahami dengan jelas. Bayangkan anda belajar dan melihat seolah-olah guru sulaman berada di hadapan anda.

[sws_divider_padding]

Menyulam Riben Untuk Dekorasi dan Busana

[sws_divider_padding]

Dalam Platfrom Online Courses Sulaman Riben ini, anda akan mempelajari kaedah menyulam riben sama ada untuk hiasan dalaman mahupun busana anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda biasa menyulam riben untuk dekorasi dalaman, maka kaedah menyulam riben untuk busana adalah sedikit berbeza. Ini kerana terdapat beberapa teknik dan langkah yang perlu anda lakukan sewaktu menyulam riben pada busana.

Namun, semuanya bakal anda pelajari dalam modul sulaman riben ini secara terus di hadapan kaca monitor anda bersama kami.

[sws_divider_padding]

Anda tidak perlu mempunyai apa-apa asas jahitan atau sulaman sebelum ini

[sws_divider_padding]

Anda tidak perlu mempunyai apa-apa asas jahitan atau sulaman sebelum ini, dan anda tidak perlu mengikuti pelbagai level pembelajaran bersama Akademi Sulaman Online. Kami menyediakan pelbagai modul untuk anda bukan sekadar mempelajarinya sahaja bahkan juga menguasai dan terus memahirkan diri anda dalam mana-mana bidang sulaman pilihan anda.

Tiada lagi dalam industri pembelajaran kemahiran yang menyediakan pakej seperti kami. Dan kamilah pelopor utama dalam memberikan anda pelbagai modul sulaman secara online.

[sws_divider_padding]

Platform yang 100% mesra pengguna

[sws_divider_padding]

[sws_2_column title=""] Anda tidak perlu menjadi genius IT untuk mengikuti segala Modul online Courses Sulaman kami. Jika anda mempunyai talian Internet dan tahu membuka tetingkap sesawang ‘Internet Browser’, maka itu sudah memmadai untuk anda bersama-sama mengikuti Online Courses Sulaman kami. Setiap platform online courses sulaman dirangka dan dibagunkan secara sistematik dan mesra pengguna untuk anda mengkases platform anda secara mudah.

Dengan rekaan platform yang elegan dan bersaiz besar, memudahkan anda membaca dan melihat segala isi kandungan setiap modul dengan jelas dan terang. Jadi anda boleh mengakses video, nota, diskusi, tips dan pelbagai lagi bahan secara terus dari rumah anda tanpa perlu menghadiri bengkel-bengkel sulaman secara fizikal.

Dengan platform mesra pengguna ini, anda boleh memaksimumkan setiap sesi masa pembelajaran anda dengan lebih fokus, teratur dan tanpa tekanan. [/sws_2_column]

[sws_2_columns_last title=""] monitor akademi sulaman 01 Sulaman Riben
[/sws_2_columns_last]

[sws_divider_padding]

Modul Online Courses Sulaman Riben

Bagi memudahkan anda mengetahui secara umum tentang modul sulaman riben yang telah disediakan di dalam platform ini, maka berikut disenaraikan modul-modul sulaman riben secara umumnya. Untuk pengetahuan anda, setiap modul mengandungi Teknik, Aplikasi, Contoh, Tips dan Rahsia Kekemasan yang diberikan secara video HD online.

  • 1293677276 Video Clip Sulaman Riben

    Modul Asas Sulaman Riben

    Pelajari kaedah asas menyulam riben. Anda juga dapat mengenal beberapa perkara asas tentang sulaman riben dengan jelas dan terperinci.

  • 1293677276 Video Clip Sulaman Riben

    Modul Rekaan Bunga

    Ketahui dan pelajari pelbagai jenis kaedah untuk menghasilkan rekaan bunga sulaman riben. Setiap satunya mengandungi pelbagai teknik dari yang mudah hingga kepada rekaan sulaman riben yang lebih kompleks.

  • 1293677276 Video Clip Sulaman Riben

    Modul Rekaan Sulur

    Pelajari kaedah menghasilkan batang atau sulur untuk rekaan sulaman riben anda. Pelbagai jenis teknik untuk menghasilkan sulur dan batang akan ditunjukkan dalam modul ini.

  • 1293677276 Video Clip Sulaman Riben

    Modul Rekaan Daun

    Bagi melengkapkan hasil sesuatu sulaman riben, maka tekanik menghasilkan rekaan daun riben akan ditunjukkan di dalam Modul ini.

  • 1293677276 Video Clip Sulaman Riben

    Modul Gabungan Rekaan

    Pelajari pelbagai kaedah untuk menggabung jalin teknik-teknik sulaman riben bagi menghasilkan sesuatu rekaan sulaman riben yang lebih komplikated dan eksklusif.