Online Courses Sulaman Manik telah berjaya melahirkan beberapa orang graduan yang pada asalnya tiada kemahiran sulaman manik sebelum ini. Justeru, bagi memberikan anda bukti respon daripada para graduan Online Courses Sulaman Manik kami, berikut dipaparkan komentar dan testimoni mereka.
Ianya ialah mimpi jadi nyata. Dari langsung tiada ilmu dlm bidang sulaman hingga mampu mengambil tempahan dari pelanggan. Dari satu level ke level yang lebih tinggi, teknik yang d pelajari mmg semakin cantik n complicated. Teguran dari Puan Syida terhadap hasil kerja yang saya hantar sangat saya hargai. Terima kasih Syida…dari teguran itu sy dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan saya serta dapat membina keyakinan diri utk menyulam baju pelanggan.Puan Fauziah Hamidon, Jitra Kedah – Graduan Online Courses Manik pada 15 Disember 2010
Setelah saya mengikuti sulaman manik secara online ini barulah saya faham bagaimana menjahit manik dengan betul.Saya tak perlu mengupah orang lain menjahit manik dibaju saya lagi. Ini menjimatkan kos dan saya boleh jahit apa fesyen yang saya suka.Puan Norazlaati Abdul Razak – Selangor – Graduan Online Courses Manik pada 19 Disember 2010
Salam…secara jujur saya memang suka dengan online courses sulaman manik kerana saya dapat belajar pelbagai teknik dan tip-tip dalam menyulam manik pada fabrik. Waktu pembelajaran pula tidak terhad sebab bila-bila masa terluang saya boleh online tidak kira dimana saya berada. Courses sulaman manik ni telah membantu saya menambah pendapatan sampingan dan membaiki mutu jahitan manik saya. Dan yang paling suka saya dapat bonus hehehehe…dapat berborak dengan teman-teman sambil bertukar pandangan…Saya bersyukur sangat kerana berjaya menamatkan course ini dengan memperolehi pelbagai ilmu dan peluang untuk mengembangkan bakat saya lagi. Di masa yang akan datang jika ada lagi kelas online seumpama ini tentu sekali saya tidak akan melepaskan peluang ni. Terima kasih kepada Puan Syida kerana banyak membantu dan memberi peluang ke pada saya untuk mempelajari sulaman manik ini. Terasa sedih pula untuk berpisah rasa macam tak percaya sudah habis 8 modul….Harap ada sambungan lagi untuk modul akan datang. Puan Yusnizar Yahaya – Pahang – Graduan Online Courses Manik pada 27 Disember 2010
 Dengan adanya Online Courses Sulaman Manik ini saya dapat mempelajari pelbagai teknik jahitan manik, sangat-sangat berpuas hati dan nota yang diberikan mudah difahami.Yuslinah Yusop – Tenom, Sabah – Graduan Online Courses Manik pada 27 Disember 2010

