Kandungan Asas Modul Sulaman Manik
Kandungan modul online courses sulaman manik ini telah dipecahkan kepada beberapa proses dan kategori seperti berikut.

Lebih 45 Teknik Sulaman Manik
Pelbagai teknik sulaman manik bermula dari teknik yang mudah hingga kepada teknik manik yang lebih komplikated dan mewah untuk dipelajari dan dikuasai. Setiap langkah akan dipertontonkan kepada anda secara jelas dan terang menggunakan video HD tanpa dipotong mahupun dilangkau mana-mana langkah. Ada kalanya hampir 30 minit tayangan untuk setiap teknik agar memberikan kefahaman yang mendalam kepada anda.

Terdapat Lebih 185 Tips dan Rahsia Dikongsi
Tiba masanya untuk anda mengetahui rahsia dan kaedah yang betul dalam memperkemaskan setiap jahitan manik anda. Setiap tips dan rahsia kekemasan diolah untuk anda berdasarkan pengalaman pengasas Butik Sulaman Sri Classic yang telah mendalami ilmu sulaman manik ini sejak berumur 9 tahun lagi. Jika anda bercadang untuk menjadikan bidang sulaman manik ini sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap, maka inilah segmen yang paling penting dalam setiap teknik yang diajarkan.

Terdapat Lebih 93 Contoh Rekaan Sebenar
Anda boleh melihat dan mendapatkan idea tentang hasil setiap teknik sulaman manik yang dipelajari. Malahan setiap rekaan akan diupdates dari semasa ke semasa. Setiap rekaan sulaman manik akan dihurai satu persatu kepada anda supaya anda boleh menjadikannya sebagai panduan dan pedoman dalam rekaan sulaman manik anda.

Sijil Penyertaan Disediakan
Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia, kami akan mengeluarkan sijil kepada anda yang berjaya menamatkan kesemua Modul Sulaman Manik. Kos penghantaran sijil akan ditanggung pihak kami untuk anda yang berada di Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Akses 24/7
Tiada had untuk anda mengakses platform keahlian manik anda. Anda bebas mengakses 24 jam sehari untuk tempoh 7 hari tidak kira waktu dan masa. Asalkan kata laluan anda tidak dikongsi dengan sesiapa. Malahan setiap video teknik dan sebagainya boleh diulang tayang sekerap mana yang diinginkan. Jika anda masih tidak faham dengan jelas mana-mana teknik sulaman manik, anda boleh menontonnya semula.

Akses Mengikut Masa Lapang Anda
Memandangkan akses platform keahlian manik anda adalah 24/7, maka anda berpeluang mengakses mengikut masa lapang anda. Jika anda merupakan individu yang sibuk dengan tugasan harian sama ada bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa, maka anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman manik ini mengikut waktu yang sesuai untuk anda.

Modul Secara Berkala
Bagi membolehkan anda memahami dan menguasai kesemua Modul Sulaman Manik yang diberikan, maka setiap segmen teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia akan diberikan secara berkala, sedikit demi sedikit. Ini bertujuan membolehkan anda membuat latihan, memperbaiki kesalahan dan lebih fokus kepada setiap teknik manik yang diajarkan secara mudah, tanpa stres dan lebih praktikal.

Berdiskusi Secara Langsung 24/7
Anda boleh berdiskusi secara langsung dan bebas bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri untuk tempoh 24/7 tanpa batasan. Gunakan kesempatan ini untuk mendalami setiap teknik sulaman manik yang anda pelajari. Anda boleh berdiskusi menggunakan ruangan yang disediakan di dalam platform manik anda, ataupun anda juga boleh terus menelefon dan SMS kepada beliau untuk mendapatkan respon secara spontan.

Rundingan Seumur Hidup
Jika anda telah berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Manik, anda masih bebas bertanya dan meminta khidmat nasihat secara terus bersama Puan Syahida sendiri sama ada menggunakan telefon, SMS ataupun eMel. Dan ia adalah percuma seumur hidup anda. Kami sedia membantu dan berkongsi bersama anda pada bila-bila masa dan waktu.

Mesra Pengguna.
Hanya Log Masuk dan mulakan proses pembelajaran anda.
Anda tidak perlu pakar dalam IT untuk menggunakan platform ini. Jika anda tahu menaip dan membuka Internet, anda pastinya dapat menggunakan platform Online Courses Manik ini sepenuhnya.

Fonts dan Design Yang Besar.
Bagi memudahkan anda menikmati dan lebih fokus dengan setiap modul yang diberikan, maka design Fonts atau Huruf platform Online Courses Manik ini adalah besar serta mudah dibaca. Malahan design platform keseluruhannya adalah bersih dan kemas tanpa pelbagai menu yang berserabut.

Muat Turun Nota-Nota Berwarna Warni
Nota setiap teknik manik disediakan dengan paparan berwarna warni untuk anda memuat turun ke dalam komputer anda atau mencetaknya sebagai rujukan anda. Malahan setiap nota yang diberikan, tidak sedikit pun melangkau mana-mana langkah bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih jelas. Ini kerana kami juga seperti anda dan memahami kehendak anda.

Paparan Dalam Video Streaming HD
Belajar setiap teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia secara video streaming HD. Kesemuanya dirakam menggunakan 4 buah kamera beresolusi tinggi HDD untuk memberikan paparan dan tayangan yang lebih jelas dan memuaskan. Yang pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas bermula dari jarum ditusukkan sehinggalah ia dimatikan.

Ruangan Borak.
Anda boleh berinteraksi bersama rakan dan sahabat online manik yang lain di dalam platform. Inilah masanya untuk anda mengenal antara satu dengan yang lain.

Ruangan Diskusi.
Ruangan diskusi juga disediakan untuk anda berbincang dan berdiskusi secara langsung bersama moderator sulaman manik anda iaitu Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic, Puan Syahida sendiri. Utarakan segala permasalahan anda, dan paparkan segala hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan bersama-sama.

Ruangan Bonus.
Terdapat 2 ruangan bonus untuk anda iaitu bonus istimewa dan bonus point. Bagi ruangan Bonus Istimewa, setiap daripada anda akan layak memperolehinya sejurus selepas anda mendaftar.
Bagi Bonus Point pula, anda berpeluang mempelajari dan memperolehinya jika anda berjaya mencapai point yang ditetapkan. Di sinilah, jika anda mahukan bahan pembelajaran yang lebih, maka anda boleh memperolehinya berdasarkan point yang anda kumpul.
Keistimewaan Platform Online Manik
Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa keistimewaan yang disediakan dalam Platform Online Sulaman Manik.
Material dan Bahan Belajar Online Sulaman Manik
Setiap modul dan segmen online courses sulaman manik ini merangkumi paparan material dan bahan seperti berikut.

