Jika Anda Merupakan Individu Yang Masih Sukar Menguasai Sulaman Manik…
Kini.. Anda Boleh Menguasai Sepenuhnya Sulaman Manik & Bukannya Sekadar Mempelajarinya Sahaja
Tanpa Batasan Waktu, Umur & Jantina… Biarpun Anda Tidak Pernah Memegang Sebatang Jarum Pun Sebelum Ini.

Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Manik
Assalamualaikum,
Jika anda benar-benar ingin menguasai dan memahirkan diri anda di dalam kemahiran sulaman manik… maka inilah pesanan dan mesej yang penting untuk anda teruskan bacaan anda.
Ini kerana,
Buat julung-julung kalinya, Akademi Sulaman Sri Classic memperkenalkan kepada anda ‘Online Courses Sulaman Manik’ yang mampu merealisasikan impian anda untuk menguasai kemahiran sulaman manik dan bukan sekadar mempelajarinya sahaja mengikut masa lapang anda tanpa stres dan tanpa gangguan.
Malahan, anda bukan sahaja belajar tetapi menguasai segala-galanya dari teknik, aplikasi dan tips.
Ketahuilah.. Untuk Menguasai Kemahiran Sulaman Manik Sepenuhnya, Anda Perlu Mendapat Bimbingan Selepas Bengkel Berlangsung Sepenuhnya Daripada Pengajar Anda.
Namun.. Ia adalah mustahil jika anda mengikuti bengkel manik secara fizikal. Dan selalunya bayaran ekstra dikenakan setiap kali anda ingin bertanya atau inginkan bimbingan lanjut daripada Tenaga Pengajar anda. Dan itulah hakikatnya, kerana pengajar anda juga insan yang mempunyai komitmen lain dalam kehidupan seharian mereka.
Tetapi perkara tersebut tidak akan berlaku di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, di mana kami memberikan anda peluang untuk berinteraksi secara langsung 24/7 bersama Tenaga Pengajar anda dan juga Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu Cikgu Syahida Ramli. Anda bebas bertanya menggunakan platform yang disediakan, SMS, atau menelefon terus kami untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cepat dan pantas.
Kenapa.. Kami Memberikan Respon dan Melayan Anda 24/7 Tanpa Batasan.. Tidak Kira Sama Ada Anda Menanyakan Soalan Yang Sama Ataupun Tidak?
Ini kerana sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia yang berdaftar, kami memegang amanah dan tanggung jawab untuk memastikan apa jua yang anda pelajari di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, mampu dijanakan menjadi pendapatan tetap mahupun pendapatan sampingan anda.
Dalam erti kata lain, kami merangka dan membina serta memastikan (dengan izin Allah) bahawa anda benar-benar sukses dan menjadi usahawan sulaman sejurus selepas anda menamatkan sesi pembelajaran manik bersama kami.
Tenaga Pengajar Merupakan Tenaga Pengajar Yang Diiktiraf Selain Berpengalaman Dalam Bidang Sulaman Menjangkau 23 Tahun bermulanya 2011 ini!

Puan Syahida Ramli merupakan Panel Pakar Tunggal Sulaman Dalam NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia semenjak 2008 lagi. Beliau juga merupakan Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam Bidang Sulaman dan Aksessori Wanita serta Keusahawan Wanita semenjak 2009 lagi.
Puan Syahida Ramli dan Sri Classic Collection telah mengendalikan hampir 107 sesi bengkel bersama Agensi Kerajaan mahupun Swasta semenjak penubuhan Akademi Sulaman Sri Classic pada 2008. Bagi bengkel secara individu dan orang perseorangan, beliau telah mengajar hampir 2753 orang peserta sehingga Januari 2010. Dan angka tersebut bertambah dari sehari ke sehari.
Modul Online Courses Sulaman Manik
Bagi memudahkan anda mengetahui secara umum tentang modul sulaman manik yang telah disediakan di dalam platform ini, maka berikut disenaraikan modul-modul sulaman manik mengikut bulanan. Untuk pengetahuan anda, setiap modul mengandungi Teknik, Aplikasi, Contoh, Tips dan Rahsia Kekemasan yang diberikan secara video HD online.
Modul:
Modul 01
Teknik Manik Silang Pangkah, Teknik Manik Jelujur, Teknik Manik Selari, Teknik Bunga Bintang, dan Teknik Bunga Serunai Laut.
Modul 02
Teknik Manik Timbul, Teknik Putaran Mutiara, Teknik Selari 2 Layer, Teknik Selari 3 Layer, Teknik Bunga Loceng.
Modul 03
Teknik Manik Tulang Belut Berlabuci, Teknik Bunga Selasih, Teknik Biku Timbul, Teknik Rantai, Teknik Batu Karang.Modul 04
Teknik Sulaman Manik Bunga Matahari, Teknik Biji Kana, Teknik Putik Papaya, Teknik Kelopak Bunga Cengkih, Teknik Bunga Lilin Kristal.
Modul 05
Teknik Manik Bunga Teratai, Teknik Buah Beri, Teknik Bunga Europeana, Teknik Dangling, Teknik Bunga Dahlia.
Modul 06
Teknik Manik Bunga Bersisik, Teknik Bunga Camelia, Teknik Bunga Falmingo, Teknik Bunga Plumeria, Teknik Bunga Peony.
Modul 07
Teknik Manik Bunga Kaktus, Teknik Bunga Keladi, Teknik Bunga Jejarum, Teknik Bunga Dendalion, Teknik Bunga Sematis.
Modul 08
Teknik Manik Bunga Bakawali, Teknik Bunga Falisyah, Teknik Bunga Raudhah, Teknik Bunga Monalisa, Teknik Bunga Tiara.Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mempelajari teknik-teknik lain yang dimuatkan di dalam bonus. Itulah antara kesitimewaan yang dimuatkan dalam platform Online Courses Sulaman Manik.



