Ciri-Ciri Platform Online Courses Sulaman Kerawang
Tak kenal, maka tak cinta. Justeru, di sini diterangkan apakah di antara ciri-ciri dan kesitimewaan Online Courses Sulaman Kerawang ini.

Pelajari Lebih 25 Teknik Sulaman Kerawang
Belajar, mahir dan kuasai lebih 25 teknik sulaman kerawang dari asas hingga kepada tebuk kerawang. Setiap teknik dipersembahkan dalam bentuk video Streaming HD bagi memudahkan anda melihat setiap pergerakan, kesalahan dan langkah menyulam ayak dengan teratur satu demi satu.

Terdapat Lebih 95 Tips dan Rahsia Dikongsi
Ketahui pelbagai tips dan rahsia dalam menyulam kerawang secara betul dan sempurna. Setiap tips yang diberikan adalah hasil daripada pengalaman Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu Puan Syahida yang menjangkau 23 tahun lamanya. Jadi inilah elemen yang sangat penting untuk anda mempelajari dan memperkemaskan setiap hasil sulaman kerawang anda.

Terdapat Lebih 37 Kesalahan Sulaman Kerawang Ditunjukkan
Berlainan dengan Online Courses Sulaman yang lain, dalam platform Sulaman Kerawang ini, anda berpeluang mengetahui kesalahan-kesalahan yang biasanya dilakukan oleh para penyulam baru. Malahan anda juga akan diberikan tips bagaimana untuk mengatasi kesalahan tersebut.

Terdapat Lebih 57 Contoh Rekaan Sebenar
Anda boleh melihat dan mendapatkan idea tentang rekaan sulaman kerawang mengikut teknik yang telah diajar. Segala contoh akan dipertontonkan kepada anda secara video bagi melihat sendiri tips dan kesesuaian setiap teknik untuk rekaan sulaman kerawang anda.

Muat Turun Nota-Nota Berwarna Warni (TERBARU)
Di atas permintaan para peserta Online Courses Sulaman Kerawang, maka nota setiap teknik kerawang disediakan dengan paparan berwarna warni untuk anda memuat turun ke dalam komputer anda atau mencetaknya sebagai rujukan anda. Ini kerana kami juga seperti anda dan memahami kehendak anda.

Paparan Dalam Video Streaming HD
Belajar setiap teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia sulaman kerawang secara video streaming HD. Kesemuanya dirakam menggunakan 4 buah kamera beresolusi tinggi HDD untuk memberikan paparan dan tayangan yang lebih jelas dan memuaskan. Yang pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas bermula dari proses mengayak sulam hingga kepada menebuk kerawang.

Ruangan Borak Bersama Peserta Lain.
Anda boleh berinteraksi bersama rakan dan sahabat online kerawang anda yang lain di dalam platform keahlian. Inilah masanya untuk anda mengenal antara satu dengan yang lain. Malahan anda juga boleh bertukar-tukar pendapat antara satu dengan yang lain bagi mengeratkan lagi kenalan rakan sulaman kerawang anda.

Ruangan Diskusi.
Ruangan diskusi dan perbincangan berkenaan segala kekeliruan dan teknik sulaman kerawang yang telah dipelajari turut disediakan di dalam platform. Gunakan peluang tersebut untuk anda berbincang dan berdiskusi secara langsung bersama moderator sulaman manik anda iaitu Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic, Puan Syahida sendiri. Utarakan segala permasalahan anda, dan paparkan segala hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan bersama-sama.

Ruangan Bonus.
Terdapat ruangan bonus untuk anda iaitu bonus istimewa kepada setiap ahli yang mendaftar. Pelbagai bonus istimewa disediakan khas untuk anda dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sijil Penyertaan Disediakan
Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia, kami akan mengeluarkan sijil kepada anda yang berjaya menamatkan kesemua Modul Sulaman Kerawang. Kos penghantaran sijil akan ditanggung pihak kami untuk anda yang berada di Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi anda yang berada luar dari Malaysia, sedikit kos penghantaran akan dikenakan.

Akses 24/7
Tiada had untuk anda mengakses platform keahlian sulaman kerawang anda. Anda bebas mengakses 24 jam sehari untuk tempoh 7 hari tidak kira waktu dan masa. Asalkan kata laluan anda tidak dikongsi dengan sesiapa. Malahan setiap video teknik kerawang, tips dan sebagainya boleh diulang tayang sekerap mana yang diinginkan. Jika anda masih tidak faham dengan jelas mana-mana segmen sulaman kerawang tersebut, anda boleh dan bebas mengulang tayang untuk menontonnya semula.

Akses Mengikut Waktu Lapang Anda
Memandangkan akses platform keahlian sulaman kerawang adalah 24/7, maka anda berpeluang mengakses mengikut masa dan waktu lapang anda. Jika anda merupakan individu yang sibuk dengan tugasan harian sama ada bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa, maka anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman kerawang ini mengikut waktu yang sesuai untuk anda. Walau bagaimana pun, jadual bulanan tetap diberikan kepada anda sebagai panduan untuk mengatur sesi pembelajaran anda.

Sistem Modul Secara Berkala
Bagi membolehkan anda memahami dan menguasai kesemua Modul Sulaman Kerawang yang diberikan, maka setiap segmen teknik, aplikasi, contoh, kesalahan, tips dan rahsia akan diberikan secara berkala, sedikit demi sedikit. Ini bertujuan membolehkan anda membuat latihan, memperbaiki kesalahan dan lebih fokus kepada setiap teknik sulaman kerawang yang diajarkan dengan lebih santai, mudah, tanpa stres dan praktikal.

Berdiskusi Secara Langsung Bersama Pengasas 24/7
Anda boleh berdiskusi secara langsung dan terus bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu Puan Syahida untuk tempoh 24/7 tanpa batasan. Gunakan kesempatan ini untuk mendalami setiap teknik sulaman kerawang yang anda pelajari. Anda boleh berdiskusi menggunakan ruangan yang disediakan di dalam platform Online Courses sulaman kerawang anda, ataupun anda juga boleh terus menelefon dan SMS kepada beliau untuk mendapatkan respon secara spontan.

Rundingan Seumur Hidup
Jika anda telah berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Kerawang, kami memberikan anda bonus rundingan seumur hidup secara PERCUMA! Anda masih bebas bertanya dan meminta khidmat nasihat secara terus bersama Puan Syahida sendiri sama ada menggunakan telefon, SMS ataupun eMel. Dan ia adalah percuma seumur hidup anda. Kami sedia membantu dan berkongsi bersama anda pada bila-bila masa dan waktu.

Mesra Pengguna.
Hanya Log Masuk dan mulakan proses pembelajaran anda. Anda tidak perlu pakar dalam IT untuk menggunakan platform ini. Jika anda tahu menaip dan membuka Internet, anda pastinya dapat menggunakan platform Online Courses Sulaman Kerawang ini sepenuhnya.

Design dan Fonts Yang Besar.
Bagi memudahkan anda menikmati dan lebih fokus dengan setiap modul kerawang yang diberikan, maka design Fonts atau Huruf platform Online Courses Sulaman Kerawang ini adalah besar serta mudah dibaca. Malahan design platform keseluruhannya adalah bersih dan kemas tanpa pelbagai menu yang berserabut.
 
Material dan Bahan Belajar Online Sulaman Kerawang
Setiap modul dan segmen online courses sulaman kerawang ini merangkumi paparan material dan bahan seperti berikut.
Keistimewaan Platform Online Sulaman Kerawang
Tidak lengkap sekiranya anda tidak mengetahui beberapa keistimewaan dan ciri terpenting yang disediakan dalam Platform Online Courses Sulaman Kerawang. Setiap satunya dirangka dan dibina bagi menjadikan platform Online Courses Sulaman Kerawang ini lebih bersifat mesra pengguna.

