Mengguna Pakai Mesin Domestik Untuk Asas Sulaman Kerawang
Terdapat pelbagai cara jahitan manik terkini manik serta sulaman kerawang untuk setiap seorang penjahit manik serta kerawang tersebut. Ada yang menggunakan teknik ini, anda yang menggunakan gaya itu dan kesemuanya adalah mengikut keselesaan si penjahit manik. Begitu juga dengan natijahnya dengan para penyulam kerawang. Apakah teknik menjahit manik serta sulaman kerawang yang selalunya dilihat dan digemari oleh para pereka tersebut? Apakah cara menjahit atau menyulam yang mudah? Dan apakah tips yang boleh anda ambil dalam menguasai sulam manik ataupun sulaman kerawang ini. Jom kita tinjau tips di bawah!
Baiklah, asas sulaman kerawang bagi mereka yang menggunakan mesin domestik adalah dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran ayak sulaman yang seiring dengan kayuhan pedal kaki mesin domestik tersebut.
Pergerakan Asas Sulaman Kerawang.
Apa yang perlu anda lakukan dalam menghasilkan asas sulaman kerawang ini ialah dengan menggerakkan pemidang secara terus sama ada ke kiri dan ke kanan atau ke atas dan ke bawah dengan garis lurus yang betul. Mungkin ramai yang akan bertanya kepada saya iaitu kenapa tidak dilakukan teknik atas zig zag atau sebagai titik bermulanya asas sulaman kerawang.
Gerakan Garis Lurus Sebagai Asas Sulaman Kerawang.
Begini, selepas melakukan proses tersebut, pergerakan yang perlu anda buat pula adalah gerakan garis lurus yang menyerupai huruf Z yang dibuat dan dihasilkan secara menegak atau ke kiri dan ke kanan. Dengan ini pergerakan tersebut akan membuatkan anda mampu menghasilkan pergerakan asas sulaman kerawang yang cantik. Malahan apabila anda berjaya melakukannya, anda mampu untuk menyentap sedikit dalam menghasilkan lompatan benang pada teknik cincang.
Kemaskan Pergerakan Asas Sulaman Kerawang.
Inilah tip atau panduan kerana setiap pergerakan yang diajar tadi merupakan pergerakan yang amat penting dalam menghasilkan kerawang. Jika anda mendapati agak sukar untuk memahaminya, maka kerana itulah Platform Online Courses Sulaman Kerawang diajar dalam bentuk visual iaitu Video HD yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda dalam setiap pergerakan sulaman yang dilakukan.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang
Pelajari pelbagai langkah sulam manik mahupun seni kemahiran sulaman kerawang yang boleh anda abadikan dalam diri anda. Dan pastinya dengan mempelajari gaya sulaman manik ini, anda mampu menjana pendapatan anda.
Jom belajar jahitan manik ini hari ini!
Terima kasih kerana mengunjungi Butik Akademi Sulaman Sri Classic Collection
Product Rating: 5.0
Summary: Review: Mengguna Pakai Mesin Domestik Untuk Asas Sulaman Kerawang 732
Reviewed by: Kemahiran Malaysia
Price: $186
Related posts:

Comments